Translations:Airship Raid/3/ms
Jump to navigation
Jump to search
Panduan
- Sebaik sahaja masuk, anda akan berada di Airship. Bercakap dengan Fenrir, kemudian dengar perbualan Captain Ferlock, Iris dan Chaos.
- Witch Arcana muncul bersama minionnya. Monster di sini tidak boleh dilawan. Teruskan ke dek bawah.
- Bunuh semua monster di lantai ini. Monster tersebut menyerupai Beholder (pasif) dan Rotar Zairo (agresif).
- Setelah selesai, satu mesej akan muncul. Teruskan ke lantai seterusnya.
- Bunuh semua monster di lantai ini. Monster tersebut menyerupai Blue Acidus (pasif) dan Gremlin (agresif).
- Selepas anda selesai, bercakap dengan Iris di bahagian timur kapal. Monster telah sampai ke Bilik Enjin, kapal udara tidak dapat diselamatkan sekarang.
- Kembali ke lantai sebelumnya, yang kini sedang terbakar.
- Bunuh semua monster di lantai ini. Monster tersebut menyerupai Beholder (pasif) dan Gold Acidus (agresif).
- NOTA - Anda boleh melangkau lantai ini dengan memasuki warp ke lantai atas.
- Naik ke dek, dan bercakap dengan Iris.
- Kalahkan naga Wyvern, minion paling kuat milik ahli sihir itu. Dia tidak menggunakan sebarang skill, oleh itu semua serangannya boleh disekat dengan Safety Wall.
- Bercakap dengan Iris. Pada masa ini, Captain Ferlock dari Airship menjumpai senjatanya, dan mula menembak semua orang dalam kemarahannya.
- "Tumbangkan" Captain Ferlock dengan mengalahkannya untuk membantunya sedar semula. Dia juga tidak mempunyai skill, semua serangannya boleh disekat dengan Pneuma.
- Setelah berjaya menyedarkan Kapten, bercakap dengannya dan Chaos.
- Keluar dari kapal.