Translations:Central Laboratory/2/ms
Instance

- Cakap dengan Civilization Explorer di (verus01 148, 154), kemudian dengan peranti Dimension-Mover di sebelahnya untuk memasuki instance.
- Cakap dengan probationary researcher di pintu masuk. Dia membenarkan akses anda dan menyahaktifkan lapisan keselamatan pertama untuk anda.
- Hanya party leader boleh bercakap dengan penyelidik itu.
- Berjalan ke hadapan sehingga anda berjumpa dengan Senior Researcher, dia akan memberikan kod akses hari ini.
- Kod itu perlu dimasukkan sebagai nombor binari.
- Gunakan suis di belakang penyelidik untuk memasukkan kod akses yang diberikan. ON=1 OFF=0.
- Nilai suis adalah dalam susunan menurun, dari Switch1 hingga Switch8: 128, 64, 32, 16, 8, 4, 2, 1.
- Jika kod akses contohnya 55, tetapkan suis 32, 16, 4, 2, 1 (32+16+4+2+1=55) kepada ON.
- Selepas kod dimasukkan dengan betul, klik Main Switch di paling kiri dan satu warp akan terbuka.
- Berjalan masuk ke dalam kawasan penyelidikan dan ambil selekoh pertama ke kanan.
- Di dalam makmal, anda akan berjumpa dengan 4 Professor. Dekati, dan dengar perbualan mereka tentang eksperimen pertama.
- Sebaik eksperimen bermula, pasukan itu mula menghadapi masalah. Mesin itu menjadi terlalu panas dan tidak berfungsi.
- Seekor makhluk tidak dikenali, MvP rawak pertama, akan dihantar dari dimensi lain. Bunuh makhluk itu.
- Peranti itu menjadi tidak terkawal dan memulakan semula program. Makhluk tidak dikenali kedua dihantar dan anda perlu melawannya.
- Fresa mematikan komputer, tetapi ia mula bertindak sendiri! Fasa akhir transformasi bermula dan MvP ketiga muncul.
- Setelah MvP terakhir dikalahkan, semua penyelidik akan dihantar ke dimensi lain dan satu portal akan terbuka di paling kanan untuk keluar dari kawasan itu.